Program hari keluarga
1. pagi sabtu 7 julai 2011 (eh abah aku ni july ker may?)
potong 2 ekor kambing
gotong royong memasak
2. Jam 12 thgri makan & solat zohor
3. jam 2 - 4 ptg aktiviti bebas
4. Jam 4.30 ptg solat asar dan pertemuan keluarga serta perbincangan agenda keluarga diketuai pengerusi (ni mesti lantik diri sendiri jadi pengerusi majlis)
5. jam 6.30 selesai
Sila fwrd sms ini semua adik beradik yang lain tanpa prejudis .tk
hahaha..aku dapat mesej tue aku gelak ,comel betul..tanpa prejudis...abah ni macam la ramai adik beradik nak fwd sume ..abah sorang fwd pun dah cukup.
abah dalam proses nak tubuhkan yayasan terbaru Yayasan mamat yusoff,setakat ni yang telah ditubuhkan Yayasan Siti Khatijah(belah mama) dan yayasan zaharah(belah abah) setakat ni yang paling aktif adalah yayasan siti khatijah..banyak aktiviti ..setiap tahun family day dapat dijalankan.. .abah aku ni memang sangat garang..maklum la dulu polis so dia buat anak dia macam polis jugak la..paling aku tak buleh lupe bile abah dah start jerit "operasi,operasi!!"itu maksudnya sume kena beratur dan berkawad..hehehe tak lah yang tu aku tambah je..bile abah dah mula menjerit suma kena bangun dan memulakan operasi membersihkan rumah! ni yang paling lemah..maklum lah hari minggu kan..cuti sekolah nak tengok citer kartun tapi kena kemas rumah pulak..yang lelaki ditugaskan untuk bersihkan luar rumah dan perempuan dalam rumah..kadang-kadang buat kerja pun merempan maklum la degil kan mana nak dengar cakap orang aku ni...buruk betul perangai..abah juga memang sangat sangat sangat concern bab-bab agama ni..dulu abah pernah sediakan jadual untuk we ul ..untuk make sure kiteorang solat 5 waktu..bila dah solat kene "tick" termasuklah puasa sebulan ..masa tu memang cukup la sebab takut kan..abah selalu buat tazkirah..lepas sembahyang semua adik beradik kena berkumpul..dan abah akan bagi nasihat dan teguran kalau ada yang dia tak berkenan..masa tu la selalunya air mata kiteorg akan menitik...abah akan cakap belajar pandai-pandai..kalau korang berjaya abah tak nak pun duit korang tue...asalkan korang hidup senang..dah cukup dah..jangan nanti orang naik kereta korang naik basikal..nak ke hidup susah...sob..sob... sedih..
Kenangan paling aku tak buleh lupe dulu kiteorang dibekalkan sorang satu diari untuk abah pantau apa yang kitaorang buat setiap hari..zaman kanak-kanak bagi diari ...mana lah tahu nak tulis apa..yang paling kelakar bila aku tulis "tengahari-minum air sejuk" ..kalau dah tak tahu nak tulis ape sangat aku tulis jadual sekolah..belajar BM,BI.MATH..lepas tue abah mengamuk..bukan macam ni tulis diari!..larh..salah jugak ker.....abah prepare buku keluar-masuk jugak..sebelum nak keluar rumah kena tulis kat buku tue and balik pun kena tulis..masa tu tak payah cakap la..merasakan dunia ni sungguh tak adil..tak adil..kejam..kenapa macam ni sekali abah buat..jiwa remaja aku memberontak! abah ni mengongkong betull.semua tak boleh..nak keluar dengan kawan apetah lagi..kena interview dulu baru boleh keluar tu pun kalo dapat...tapi sekarang baru aku tahu kenapa abah buat macam tue..kalau abah aku tak buat macam tu tak taula ape dah jadi dengan aku sekarang...
cumei kan abah saya |
Kalau nak sesuatu tu aku jarang direct mintak terus kat abah sebab takut..selalunya aku akan cakap dengan mama dulu mintak suruh cakap kat abah..tapi sebenarnya minta dengan abah lagi worth it..selalu nya akan dapat yang lebih mahal...kalau dulu mama bagi duit belanje 50 sen tapi bila abah yang bagi dapat seringgit..memang berbaloi baloi..tapi tue nak mintak tue dia punya takut boleh berkali-kali rase nak pergi tandas la...tapi sekarang dah okay siket tak de lah takut sangat tapi takde la berani sangat..dari kecil abah dah ajar kiteorang berdikari cari duit sendiri..dulu aku penah jual kasut,steamboat,goreng pisang,santan..wahh kenangan tue..yang paling aku tak buleh aku bangga bila aku pergi sekolah ..orang pakai kasut yang kiteorang jual..siap bagitau kat kawan aku .."die pakai kasut tu,kasut tue aku yang jual "!..seronok giler..setakat jual kuih tue tak payah cakap dah lali kena panggil dengan guru besar sebab tak bagi jual kuih..
bila ada orang cakap aku senang tak lah kan..aku dah merasa susah dari kecil..baru 4-5 tahun ni je ..alhamdllh..rezeki tue ada...macam2 kerja abah buat cari duit..abah lelaki yang kental..bukan setakat kental memperoleh adik beradik seramai 12 orang tapi kental mencari duit..
besh!!! ohhh ABAH
ReplyDeletehehehehehe..abah saya
ReplyDelete