Sunday, January 12, 2020

Yaya Kek bulan sailang suami kawan bai


Hangat betul netizen pasal kes2 sailang2 ni..

Hebat netizen kalau bab share ni cepat je dapat tau

aku pun tak ketinggalan pegi stalk instagram beliau..lawa org nya  ..berkerusi roda katanya dah 9 tahun lumpuh sebab demam panas.

Tapi tulah mcm mne dalam diam2 boleh duk syok kat suami kawan baik sndri.Yang bersusah payah jaga bawak ke sana sini..

cuma peringatan lah kat sis supaya jangan terlalu percaya kat orang lain..kena beringat bila terlalu baik dgn org

Sunday, May 12, 2019

Pengalaman Mengandung dan bersalin anak kedua


Hari ni nak cerita pengalaman bersalin anak ke dua. Masa mengandungkan hayden ni mmg unplanned sebab mase tu baru gugur  .kira gugur bulan 9 bulan 10 tu dah lekat dia. oh okay nanti aku cerita pengalaman gugur tu. okay masa mengandung hayden ni khayra masa tu baru 11 bulan dah rezeki kan. memang betul lah orang cakap lepas gugur ni sebenarnya lagi senang nk lekat.

Aku tahu aku mengandungkan hayden aku rase pening berpusing-pusing je. Pelik jgk lah.. kenapa rase mcm ni sebab aku ni jenis susah nak sakit kepala. aku bagitahu husband . B..i rase mcm pregnant lah, balik nanti u beli pregnancy test. bile test ..Yes..confirm 2 line. Mengandungkan hayden ni mcm pelik siket .aku tak suka makan..tak suka minum. memang kerap lah kena checkup sebab kencing kotor.

Berat pun turun banyak dekat 15 kg jgk lah lost. hahaha.. mabuk tak payah cakap pagi petang siang malam asik muntah je. kalau boleh nak duduk toilet tak nak keluar . bile tgk cahaya matahari pun rasa nak nangis. HAHAHAHA. Tak tahu lah kenapa rase mcm tu

Okay, Berbalik pasal tak selera tadi.

Yes, Aku tak suka makan. compare masa mengandungkan khayra tu aku memang muntah tapi lepas muntah aku akan makan balik.tapi hayden tak..aku tak makanan pn aku benci hahaha.

Dan effect dia.masa hayden lahir kulit die gelap. Beza dengan khayra.Khayra putih melepak merah2 pipi dia.

Tapi , Hayden  ya allah gelap nya. sampai india katil sebelah pun tgk hayden tanya anak u mix ker? HHAHAHA.Laki aku pure melayu lah.

Aku tengok anak india tu pun lagi putih dari hayden,

Tapi aku ok je..dia cuma gelap tapi comel sempurna je.Cuma kena tahan dengan mulut makcik bawang lah.cakap anak aku terkenan itu lahh inilaah..

Geram btl lah.

SO . nak aku belanja gambar hayden baru lahir




Tapi allhamdulilah , makin besar die makin cerah.



Okay. Nak pesan kat mommies. masa mengandung jagalah pemakanan. sayur buah kena ambil baru baby kulit cantik. putih dan bersih,

Masa bersalinkan hayden, Kurang air ketuban, tali pusat terlilit leher.

Sian die. Mama makan tak berkhasiat.


Tuesday, September 25, 2018

KEBAIKAN CELERY

Hari tu aku ada terbaca pasal puteri balqis (pelakon kanak-kanak) sakit but tak sure lah sakit apa.dengar2 nya kanser, aku ada terbaca pasal ibu puteri balqis ni bagi juice celery untuk anak dia. dia punya kesihatan bertambah baik.

So. aku rase why kita try jee juices ni..daripada ambil supplemens kita try yang organik plak.

Allhamdulilah setakat ni  dah hampir 2 minggu aku minum Jus ni. Rasa dia mmg mengucap panjang laaaaa..tapi nak jaga kesihatan punya pasal minum je laaa..

Macam aku , aku blend celery tu pastu letak lemon siket  baru boleh telan

Resepi Jus celery

-5 batang Celery

 Basuh dan potong2 blend sampai halus.
 Tapis dan perahkan lemon.
 Minum Macam biase

Ni aku bagi siket info pasal kebaikan jus celery 

1. Mencegah Kanser.

Mengandungi Flavanoid dan luteolin iaitu mempunyai sifat anti kanser. Terumatanya Kanser payudara dan pankreas

2. Menurunkan Tekanan darah

Ekstrak biji celery mengandungi normotensive dan eoxycorticosterone astetat yang bersifat anti- hipertensi

3. Menurukan berat badan

Kerana celery mempunyai kalori paling rendah

4. Menjaga jantung

kandungan pethalide dalam celery, selain meredakan stress, juga dapat memperlancar aliran darah ke jantung serta pasokan oksigen dengan tekanan normal. Ini begitu menyihatkan jantung dan kolesterol di dalamnya.

5. Membantu Sistem Pencernaan dan Pembuangan

Kandungan serat dalam celery dapat membantu sistem pencernaan dan melancarkan pembuangan karena kandungan air dan fibernya yang sangat tinggi. Ini menjadikan celery banyak diandalkan mereka yang memiliki gangguan kesehatan berupa sembelit. Tak hanya itu, kandungan sodium dalam celery juga berguna mengeluarkan sisa-sisa makanan gula, kanji, kue-kue, makanan yang berkabohidrat pekat dan roti putih. Sisa-sisa yang mengeras dan menumpuh tersebut kemudian dihancurkan oleh celeri dan dikeluarkan dari tubuh.



RESEPI BROWNIES

Hari ni mama EL sebab hadeef demam.. so lepas bawak hadeef pergi klinik  boring plak duduk kat rumah. tengok -tengok kat FB ade lalu resepi buat brownies bile teringat hayden tak buat birthday lagi mama pun alang2 dah cuti buat la kek untuk die sekali, allhamdulilah cek brg dapur mmg ade bahan buat brownies.

since hadeef dah tido, mama mula kan tugas buat kek.

Mama ikut resepi ni, Hehehe memang senang dan sedap! chewy gitewwww..

Pergh bangga kejap mama.

Di jamin tak menyesal ikut resepi ni.

Bahan-bahan:


- 450gm coklat masakan
- 150gm mentega
- 150gm gula perang
- 3biji telur
- 1 sk esen vanilla
- 120gm tepung naik sendiri
- 3sb serbuk koko

Cara Buat Dia :-

Panaskan coklat+mentega cara double boil sampai cair.

Dalam bekas lain :-

Gula perang + Telur + Esen vanila kacau sampai rata, pukul perlahan jer ..kacau-kacau manja jeee..

Then Masukkan Coklat yang dipanaskan dlm mangkuk gula perang tadi..lepas tu boleh masukkan tepung dengan serbuk koko siket demi sedikit.

ok laa..dari takde yee...heheh

HAPPY BIRTHDAY KHALEEF HAYDEN ADHA

Monday, September 24, 2018

Hilangkan sakit tonsil

Sakitnya kena tonsil, sebenarnya dah rasa tak sedap tekak 2-3 hari kebelakangan ni tapi punya la malas nak pergi klinik ..aku tahan je..lepas tu plak memang kurang minum air.aku ni jenis susah minum air nak habiskan 1 liter pun susah sampailah tetiba aku rasa sakit sampai ke telinga nk telan air liur pun sakit, aku pun pegi klinik doktor cakap aku punya tonsil ni dah besar lepas tu dah byk nanah. dia antibiotik untuk seminggu..

Seminggu makan antibiotik tapi tonsil masih sakit. pelik jugak kenapa sakit lagi.. ubat dah habis..cuma sakit tu berkurang jer. aku pun decide pegi klinik lain, doktor cek2 dia ckp kuman kat tonsil ni tak boleh hilang makan antibitiok yang doktor bagi tu sebab tu tak baik, soo..doktor pun bagi antibiotik yang kuat...lps mkn antiobitik ni baru la hilang sakit.. Ya Allah ..akhirnyaa baik pun.

Yang paling kesian kat anak aku laa..smp berjangkit kt dia.doktor cakap tonsil ni memang boleh berjangkit. sebab die menyusu badan lagi lah dia senang berjangkit

so korang boleh la try petua ni kalau kena tonsil :-

1. Makan aiskrim vanilla
Cara ini paling mudah dan senang. Tambahan mudah untuk pujuk anak-anak yang memang susah nak makan ubat kan?
Beli aiskrim perisa vanilla (kalau boleh yang dalam bekas, bukan yang stick). Elak ambil aiskrim yang perisa chocolate ataupun strawberi ke.
Bengkak tonsil boleh dirawat dengan aiskrim vanila
Memang boleh surut bengkak tonsil. Ini pengalaman diri sendiri.
2. Berkumur dengan air garam
Ini bertujuan untuk matikan kuman-kuman yang ada di sekitar tonsil. Garam dibancuh dengan air suam dan kemudian dikumur kan.
Bengkak tonsil boleh dirawat dengan air garam.
Jangan sampai tertelan pula ye. Lakukan berulang kali hingga tekak rasa lebih selesa.