menyelesaikan masalah yg paling berkesan
2) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap
Kosong
3) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
4) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."
5) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan
dirisendiri.
6)Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat
sesuatu yang baik
7) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain." Mutiara Kata Dr. HM Tuah Iskandar 5
8)“Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR
9) Orang yang syak wasangka akan tertipu oleh angan-angan. Sampai masanya dia ditimpa kecewa dan sesal tidak berhujung kerana diperlihatkan Allah hal-hal yang selama ini tidak dikiranya. SAYIDINA ALI ABU TALIB K.W.
10) Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya – (Hamka)
11) Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya – (Aristotle)
12)Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu – (Hamka)
13)Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan
kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang
membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman
untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda
tersenyum.
14)Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan
rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda
dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan,
pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda
inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang
untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
15)Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda
menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan
yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang
cukup untuk membuatkan anda bahagia.
16)Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa
ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain
juga.
17)Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala
yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja
yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.
18)Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka,
mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka
yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup
mereka.
19)Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan
tangisan.
20)Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang
telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna
sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
21)Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda
tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti,
andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan
menangis.
22)Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita
mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang
yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih
mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian
orang lain.
No comments:
Post a Comment