Hari ini aku nak bercerita tentang penyakit SLE..
okay..apa yang membuatkan aku terpanggil nak buat entry tentang ni kerana apabila salah seorang officemate telah menghidapi penyakit ini..yang aku tahu penyakit SLE ni ialah penyakit kulit tapi rupenya tidak..dia bukan menyerang kulit sahaja..aku tengok kak noreen kulit die okay jer..tak de problem..cuma dia macam tak larat dan selalu kena buat kemoterapi...
SLE ini merupakan :-
SLE adalah sejenis penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh dan kadangkala penyakit ini boleh membawa maut.
Kebiasaannya, sistem ketahanan tubuh akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan organisma yang memasuki tubuh dan antibodi ini bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan organisma tersebut.
Bagi pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri. Mana-mana organ di dalam tubuh pesakit boleh mendapat serangan, dengan menunjukkan gejala yang berbeza.
Ia boleh menyerang tanpa pengetahuan pesakit kerana taktik penyamaran liciknya membuatkan penyakit ini sukar didiagnos semasa rawatan pertama. Setiap pesakit SLE adalah unik dan oleh itu mempunyai pelbagai manifestasi dan prognosis yang berbeza.
Terdapat lebih ramai pesakit wanita berbanding lelaki dengan nisbahnya 10:1, terutamanya di kalangan wanita yang berada pada tahap subur, berusia 20 hingga 40 tahun.
rupanya SLE lebih berisiko kepada orang wanita..takutnya..aku doakan kak noreen cepat sembuh...
No comments:
Post a Comment