Wednesday, April 27, 2011

tak sabar..ouh tak sabar

ape yang tak sabar ?cepak nak?hehehe..aku tak sabar menunggu 3hb Mei...wat so special about diz date?disinila detik aku mule mengenali hero hindustan aku.. yusri jamaluddin.. mase aku kenal tue..alahai keringnya mamat ni..kene tiup angin pon bleh terbang....hehehe...sekarang jangan cakap...makan banyak!!...okay bukan nak cite tue..tengok kan dah melalut lagi...mase tu aku nak balik KL..so kire blind date r ni..sebab before ni mesej jer..first date we ol kat maybank kangar..hah...romantik tak..itulah simbolik cinta kiteorang cinta mata duitan...hehehe..tak..gurau jerkk..sebab kt situ memang tmpt duduk untuk tggu bas..so sementara nak tggu bas aku kol sepuluh..yus ajak aku pergi kuala perlis...yang ni baru romantik...kiteorg pergi makan ..kuala perlis memang best..kalo korang nak lagi best pergi makan kat brasmana..hahahaha...
dan sejak hari tue kiteorang makin rapat makin serasi..ngeee...bila ingat-ingat balik macam kelakar la plak..sebab ade sejarah lepas die hantar aku naik bas...masa tu aku baru sem satu kat politeknik perlis and yus dah masuk sem 2...so budak baru belajar bercinta..ecehh..baru belajar ker...but aku bersyukur sangat bila dapat kenal die..actually banyak yang dia telah ubah aku...banyak yang aku dah belajar dari dia..


"tidak perlu mencari secantik balqis,andai diri tak sehebat sulaiman,mengapa mengharap teman setampan yusof jika kasih tak setulus zulaikha tak perlu mengharap teman seteguh ibrahim andai diri tak sehebat siti hajar dan mengapa di dambakan teman hidup yang sempurna muhammad? jika ada keburukan pada diri..bimbinglah dirinya dan terimalah kerkurangan itu sebagai keunikan..carilah kebaikan pada dirinya, bersyukurlah kerana di pertemukan dengannya dan berdoalah die milikmu"

Kekasihku,
Hari ini aku mengadu pada sang KEKASIH, pencipta kau dan aku. Aku ingin menjadi kekasihmu yang patuh pada sang KEKASIH. Aku mohon pada sang KEKASIH agar ditautkan hatiku dan hatimu agar kita bisa jadi sepasang kekasih yang diredhai sang KEKASIH.

Kekasihku sayang,
Aku ingin menjadi sandaran hatimu. Menenangkan tatkala kau kecewa atau terluka tapi aku tidak mahu kau lupa pada sang KEKASIH kerana aku terlalu kasih pada sang KEKASIH. Aku mahu kau menjadi kekasihku yang hebat tanpa melupakan sang KEKASIH.

Wahai kekasihku,
Aku kekasihmu yang akan berdoa saban waktu agar sang KEKASIH memudahkan perjalanan hidupku dan hidupmu. Aku kekasihmu tapi aku tak mampu membahagiakanmu setiap waktu, lalu aku mohon pada sang KEKASIH agar kekasihku bahagia dan dilimpahi cinta sang KEKASIH.

Kekasihku,
Aku tidak mahu kau jadi kekasih yang lemah. Janganlah kita tunduk pada hawa nafsu. Aku mahu jadi kekasih yang bernilai di mata kekasihku agar diredhai sang KEKASIH. Aku menyayangimu duhai kekasihku!

Wahai Kekasih,
Aku kekasihmu yang terlalu daif. Apa yang ada padaku adalah hak milik sang KEKASIH. Aku ingin jadi kekasihmu yang tahu erti syukur dan aku juga mahu kekasihku selalu bersyukur.

(ref:iluvislam)

No comments:

Post a Comment